Pasangan beregu campuran kelima negara, Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei berhasil menempah tiket ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022.
Pasangan beregu yang turut diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan mara dengan menumpaskan beregu tuan rumah, Dhruv Rawat dan Shikha Gautam, sebentar tadi.
Tang Jie-Yen Wei menumpaskan mereka secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-14 dan 21-11 dalam tempoh masa permainan selama 26 minit sahaja.
Di peringkat suku akhir, esok, pasangan yang menghuni ranking ke-30 dunia ini akan menentang sepasang lagi beregu India, Hema Nagendra Babu-Srivedya Gurazada yang berada di ranking 306.
Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia