Pemain perseorangan bebas (independent) negara, Cheam June Wei menjadi wakil tunggal negara dalam kategorinya yang mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022.
Pemain yang menghuni ranking 72 dunia ini mengesahkan kemaraan selepas menumpaskan wakil tuan rumah, Kaushal Dharmamer yang berada di ranking 145.
June Wei berhasil menewaskan lawannya ini secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-16 dan 21-13 dalam tempoh menghampiri 40 minit permainan, sebentar tadi.
Kemaraan ini membawa pemain berusia 24 tahun ini bertemu pemain Perancis, Lucas Claerbout yang berada ranking 74 dunia di peringkat suku akhir nanti.
Untuk makluman semua, pertembungan June Wei dan Lucas pada hari esok menjadi yang pertama buat kedua-dua pemain di pentas antarabangsa.
Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia