Artikel

Kedah ‘Ikat’ Penyerang Bernilai Hampir RM2 Juta, Ronald Ngah Wanja

Pemain yang bernilai RM1.9 juta berdasarkan nilaian semasa oleh portal Transfermarkt, Ronald Ngah Wanja menjadi taruhan baharu di bahagian serangan Kedah Darul Aman FC (Kedah), musim ini.

Pasukan naib juara Liga Super 2021 ini mengumumkan kemasukan pemain berasal dari Cameroon yang berusia 30 tahun itu menerusi makluman di pelbagai platform media sosialnya, tengah malam tadi.

Ronald diambil oleh Kedah atas kapasitinya sebagai penjaring terbanyak Liga Pro Jordan 2021 dengan rekod 15 gol. Catatan gol ini telah membantu bekas kelabnya, Al-Salt menduduki tangga ketiga liga terbabit.

Pada masa yang sama, kehadiran Ronald ini juga bagi menggantikan pemergian bekas penyerangnya, Kpah Sherman yang berhijrah ke Terengganu FC pada musim ini.

Untuk makluman semua, Ronald merupakan pemain import keempat yang dibawa masuk oleh skuad Hijau Kuning untuk menghadapi saingan musim ini. Terdahulu, mereka telah mengikat Jang Suk-won (kuota asia), Dennis Buschening (kuota asean) dan Dechi Marcel (kuota bebas).

Featured Image: Kedah Darul Aman FC

komen