Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan keputusan tidak akan mendaftarkan jaguh badminton negara merangkap pemain No.7 dunia, Lee Zii Jia daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden 2 BAM, Dato’ Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dalam satu sidang media yang diadakan pada hari ini.
Baca: Pemenang Olimpik ‘Sokong’ Keputusan Lee Zii Jia Bergerak Secara Bebas
Keputusan ini dibuat setelah pemain berusia 23 tahun itu menghantar surat untuk meletakkan jawatan sebagai pemain di bawah naungan BAM pada 11 Januari lalu kerana ingin bergerak secara persendirian (independent).
Difahamkan tindakan oleh BAM ini akan bermula pada 18 Januari 2022 dan tamat pada 18 Januari 2024 kelak.
Untuk makluman, semua pemain perlu mendapatkan kelulusan badan induk bagi menyertai mana-mana kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Featured Image: Badminton Photo / Badminton Association of Malaysia