Artikel

Syed Modi 2022: Mei Xing-Anna Cheong Ke Final, Yeen Yuan-Valeree Kandas Di Semifinal

Pasangan beregu wanita, Teoh Mei Xing dan Anna Cheong menjadi wakil tunggal negara yang berjaya menempah tiket pentas akhir kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022.

Pasangan yang menghuni ranking ke-138 dunia ini mara dengan menumpaskan beregu tuan rumah, Haritha Manazhiyil Harinarayanan dan Ashna Roy yang berada di kedudukan ke-217 dunia. 

Mei Xing-Anna Cheong menundukkan lawannya secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-18 dan 21-7 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.

Kejayaan mara ke pentas akhir ini akan menemukan mereka dengan satu lagi pasangan beregu tuan rumah iaitu Treesa Jolly dan Gayatri Gopichand Pullela yang berada di ranking ke-116.

Sementara itu, beregu muda negara, Low Yeen Yuan dan Valeree Siow yang berusia 19 tahun masing-masing terpaksa akur tumpas di peringkat separuh akhir kepada Jolly-Pullela sekaligus menghanguskan peluang untuk mara ke final bertemu Mei Xing-Anna Cheong.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen