Syed Modi 2022: Slot Final Milik Wei Chong-Kai Wun Setelah Singkir Beregu Pilihan Ke-4 
January 22, 2022 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mencipta kejutan dengan menyingkirkan pasangan pilihan keempat untuk menempah slot ke final di Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2022 – Jelajah Dunia BWF Super 300.

Bukan itu sahaja, pasangan dari India itu, Arjun Madathil Ramachandran dan Dhruv Kapila turut menghuni ranking yang lebih tinggi iaitu ke-42 berbanding ke-65 yang diduki oleh Wei Chong-Kai Wun.

Beregu tuan rumah itu tumpas ‘straight set’ kepada Wei Chong-Kai Wun dengan keputusan 16-21 dan 12-21 dalam perlawanan yang memakan masa sekitar setengah jam.

Sementara itu, di pentas final esok, Wei Chong-Kai Wun merangkap pilihan kelapan kejohanan akan menentang satu lagi pasangan beregu tuan rumah, Krishna Prasad Garaga dan Vishnuvardhan Goud Panjala yang berada di ranking ke-74 dunia dan merupakan pilihan keenam kejohanan.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen