Artikel

Sayap Kanan ‘Kelahiran Mali, Membesar Di Spain’ – Moussa Sidibé Diperkenalkan JDT

Pemain sayap kanan, Moussa Sidibé yang merupakan kelahiran Bamako, Mali menjadi pemain import baharu yang diperkenalkan oleh juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menariknya, walaupun lahir di salah sebuah negara di benua afrika, pemain berusia 27 tahun ini berhijrah dan menetap di Sepanyol sejak berusia sekitar 12 tahun.

Kemasukan Sidibé diumumkan menerusi satu video berdurasi sekitar 40 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik skuad Harimau Selatan, semalam.

Untuk makluman semua, Sidibé memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan liga bawah Sepanyol, SD Almazan dan pasukan terakhir yang diwakilinya sebelum menyertai JDT adalah Costa Brava (dipinjamkan oleh Ponferradina SAD).

Sejurus diperkenalkan, Sidibé terus menyertai pasukan yang kini sedang giat menjalani latihan pramusim di Dubai. Mereka turut menjadualkan empat perlawanan persahabatan di sana dengan bakal bertemu Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.

Featured Image: JOHOR Southern Tigers

komen