Artikel

BAM Mengesahkan Menerima Surat Rayuan Lee Zii Jia Hari Ini

Badan induk badminton negara, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan telah menerima surat rayuan daripada jaguh badminton negara, Lee Zii Jia, pada hari ini.

Minggu lalu, BAM mengenakan hukuman tidak akan mendaftarkan Zii Jia di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun ekoran tindakannya yang mahu bergerak secara bersendirian atau bebas (independent).

Baca: BAM ‘Gantung’ Pemain No.7 Dunia Sehingga Tahun 2024

Makluman mengenai penerimaan surat rayuan itu disampaikan menerusi satu siaran media yang dikongsikan di pelbagai platform media sosial BAM, sebentar tadi.

Menerusi siaran media terbabit, badan induk badminton negara itu turut menjelaskan hukuman yang dibuat oleh ahli jawatankuasa BAM adalah mengikut prosedur rasmi dengan maklumat yang dibentangkan kepada mereka. Tambahan pula, hukuman yang dikenakan boleh dibuat rayuan.

Pada masa yang sama, BAM memaklumkan akan mengambil perhatian terhadap surat rayuan tersebut dengan segera dalam mencapai persetujuan bersama.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

komen