Artikel

Goh Jin Wei Turut Dibenarkan BAM Beraksi di Kejohanan Antarabangsa

Pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei turut dibenarkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi di kejohanan antarabangsa, selepas daripada ini.

Kebenaran itu diberikan selepas badan induk badminton negara menarik kembali hukuman tidak akan mendaftarkan pemain berusia 21 tahun ini di mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun.

Hukuman ini dikenakan kepada Jin Wei selepas dia membuat keputusan untuk beraksi sebagai pemain persendirian atau bebas (independent) selepas meninggalkan BAM atas alasan kesihatan, tahun lalu.

Bagaimanapun, BAM menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan semalam memaklumkan Jin Wei diberikan kebenaran tersebut berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.

Dalam kenyataan yang sama, BAM turut memberikan ‘lampu hijau’ kepada jaguh badminton negara, Lee Zii Jia untuk beraksi di kejohanan antarabangsa sekaligus membolehkannya bergelar pemain bebas.

komen