Sabah Rekrut Bekas Penyerang Tengah FC Inter, Taiki Kagayama
January 30, 2022 Hafizuddin Omar

Bekas penyerang tengah pasukan yang berpangkalan di Finland, FC Inter Turku menjadi pemain import terbaru yang direkrut oleh Sabah FC.

Berusia 25 tahun, kelahiran Jepun, Taiki Kagayama diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad The Rhinos itu menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik kelab terbabit, hari ini.

Pemain yang berketinggian 1.68 meter (m) ini merupakan produk JFA Academy Fukushima dan mengembangkan karier bola sepaknya dengan menyertai pasukan universiti di negaranya, Kansai University.

Pada tahun 2019, Kagayama membuat keputusan untuk berhijrah ke benua eropah dan menyertai pasukan yang berpangkalan di Finland iaitu Musan Salama (MuSa) yang beraksi dalam divisyen dua bola sepak negara itu.

Kemudiannya, dia berpindah ke pasukan Kokkolan PV sebelum menyertai FC Inter Turku yang beraksi dalam kancah utama bola sepak Finland. Untuk rekod, sepanjang hampir tiga tahun beraksi di sana, Kayagama meraih sekitar 51 penampilan dan menjaringkan 13 gol.

Featured Image: FC Inter Turku

Komen