Artikel

Penyerang Congo Kelahiran Perancis, Kevin Koubemba Sertai Pasukan Juara Piala Malaysia

Penyerap skuad kebangsaan Congo kelahiran Perancis, Kevin Koubemba menjadi pemain import terbaru menyertai pasukan Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC (KL City).

Pemain yang bakal menjengah usia 29 tahun dan berketinggian 1.92 meter (m) ini diperkenalkan sebagai pemain baharu KL City menerusi makluman di pelbagai platform media sosial milik kelab itu, semalam.

Untuk makluman semua, Kevin memulakan karier bola sepaknya di Perancis bersama Amiens SC sebelum berhijrah ke salah sebuah gergasi Ligue 1, LOSC Lille.

Selepas sekitar empat musim di sana, Kevin meninggalkan Perancis dan berkelana di beberapa buah pasukan di eropah seperti Sint-Truiden (Belgium), CSKA-Sofia (Rusia), FK Sabail, Sabah FK (Azerbaijan) dan KF Teuta (Albania).

Kevin ketika beraksi bersama Sabah FK

Sebagai makluman tambahan, Kevin adalah pemain yang versatil terutamanya di bahagian serangan. Selain penyerang tengah, dia mampu beraksi di posisi penyerang sayap kanan dan kiri serta sebagai pemain tengah.

Berdasarkan rekod daripada portal informasi bola sepak antarabangsa, Transfermarkt, Kevin telah membuat 185 penampilan secara keseluruhan bersama pasukan-pasukan yang dinyatakan di atas. Daripada segi statistik jaringannya, Kevin hanya menjaringkan 26 gol sehingga kini.

Dijangka, Kevin bakal menjadi taruhan utama skuad kendalian Bojan Hodak di bahagian serangan bergandingan bersama Romel Morales untuk mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim ini.

Featured Image: Sabah FC

komen