Artikel

Kriptowang Tezos Dijangka Umum Tajaan Untuk Pasukan Manchester United

Dalam memasarkan produk kriptowang, pelbagai syarikat memilih fokus terhadap arena sukan dalam pemasaran – termasuk menaja stadium, pasukan sukan dan sebagainya.

Terbaru, ia dilaporkan platform rantaian-blok Tezos bakal melakukan tajaan kepada pasukan bola sepak Manchester United, sekaligus memaparkan logo Tezos pada kit pasukan Manchester United.

Untuk makluman, sebelum ini, kit pasukan ditaja oleh perkhidmatan insuran AON – yang mana telah berakhir pada tahun lepas.

Dengan tajaan pada pasukan bola sepak, ia sekaligus akan membolehkan jenama Tezos dikenali meluas – apatah lagi dengan kadar tontonan tinggi di seluruh dunia.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan pengumuman kedua-dua pihak ini tidak lama lagi.

komen