Peluncur ski wanita negara, Aruwin Sallehhuddin berhasil menempatkan diri dalam kalangan empat atlet asia terbaik dalam saingan giant slalom di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, hari ini.
Peluncur berusia 17 tahun yang mencipta sejarah sebagai atlet wanita pertama Malaysia beraksi di temasya berkenaan menamatkan perlumbaan ini dengan catatan masa 2:12.28 saat secara keseluruhan.
Aruwin berhasil menamatkan perlumbaan pertamanya dengan catatan masa 1:06.13 saat manakala perlumbaan keduanya disudahi dengan catatan masa 1:06.15 saat.
Tiga atlet asia yang lebih pantas daripadanya ialah Asa Ando, Sakurako Mukogawa (Jepun) dan Gim So-hui (Republik Korea) dengan catatan masa 2:00.99, 2:06.77 dan 2:07.22 saat masing-masing.
Secara keseluruhan, Aruwin menamatkan acara ini dengan menduduki tangga ke-38 daripada 82 peserta yang mengambil bahagian. Sebagai tambahan, Aruwin akan mengambil bahagian dalam satu lagi acara iaitu slalom yang dijadualkan pada Rabu nanti.
Featured Image: Olympic Council of Malaysia