Artikel

BATC 2022: Pasukan Lelaki Malaysia Diundi Bersama Jepun, Singapura & Kazakhstan

Saingan peringkat benua asia iaitu Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menyaksikan Malaysia telah diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Jepun, Singapura dan Kazakhstan.

Ini berdasarkan kepada hasil undian yang dijalankan pada hari ini dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Badminton Asia, tengah hari tadi.

Sementara itu, Kumpulan A pula diisi oleh juara bertahan, Indonesia sambil ditemani oleh India, Korea dan Hong Kong.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke saingan separuh akhir. Pada masa yang sama, empat pasukan ini akan layak ke saingan Piala Thomas 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Mei kelak.

Untuk pengetahuan semua, saingan ini akan bermula pada 15 hingga 20 Februari di Setia City Covention Centre, Selangor.

komen