Artikel

BATC 2022: Pasukan Wanita Malaysia Dijodohkan Bersama Juara Bertahan, Jepun Serta India

Hasil undian Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menyaksikan pasukan wanita negara dijodohkan bersama-sama juara bertahan iaitu Jepun.

Menyertai Malaysia dan Jepun di dalam Kumpulan Y ini adalah pasukan wanita India. Majlis undian ini turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Badminton Asia, tengah hari tadi.

Sementara itu, sebuah lagi kumpulan iaitu Kumpulan Z disertai oleh Korea, Indonesia, Hong Kong dan Kazakhstan.

Dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke saingan separuh akhir sambil menempah tiket ke kejohanan Piala Uber 2022 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada bulan Mei hadapan.

Untuk makluman semua, kejohanan BATC ini akan dilangsung di Setia City Convention Centre bermula 15 hingga 20 Februari kelak.

komen