Artikel

FAM, Malaysia Airlines Dedah ‘Livery’ Harimau Malaya Pada Pesawat Airbus 330-300

Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan ‘livery’ khas yang memaparkan lukisan Harimau Malaya dan Jalur Gemilang pada badan pesawat Airbus 330-300 secara rasmi, pada hari ini.

Pelancaran ‘livery’ ini menandakan hubungan rapat antara badan induk bola sepak negara itu bersama syarikat penerbangan negara selaku rakan penerbangan rasmi FAM.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad, tengah hari tadi.

Difahamkan rekaan ‘livery’ yang memaparkan lukisan haiwan yang sinonim dengan skuad kebangsaan Malaysia itu dihasilkan oleh Dr. Mohamed Razeef bin Abdul Razak dan Dr. Verly Veto Vermol dari Kolej Seni Kreatif UiTM dengan kerjasama FAM.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen