AFF B-23: Pemain JDT, Selangor Dominasi Kem Latihan Skuad Harimau Muda
February 9, 2022 Hafizuddin Omar

Kem latihan pusat skuad kebangsaan bawah 23 tahun (B-23) kendalian Brad Maloney kini didominasi oleh pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor.

Ini selepas jurulatih kelahiran Australia itu memanggil tambahan dua pemain JDT serta empat pemain Selangor masing-masing pada awal Februari lalu dan semalam.

Untuk makluman semua, lapan pemain JDT yang menyartai skuad Harimau Muda pada ketika ini ialah T. Shaheeswaran, Alif Abdul Mutalib, Aysar Hadi, Umar Hakeem, Shafi Azswad, Daryl Sham, Firdaus Kaironnisam dan Najmuddin Kamal.

Manakala lapan pemain Selangor pula ialah Fakrul Iman, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel, Khairi Suffian, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Ahmad Zikri Mohd Khalili, Muhammad Azrin Afiq Rusmini dan Harith Haiqal Adam Afkar.

Kesemua pemain ini dikumpulkan oleh Coach Brad sebagai persiapan untuk mengharungi Kejuaraan AFF B-23 yang akan berlangsung di Kemboja bermula 14 hingga 26 Februari kelak.

Dimaklumkan, skuad Harimau Muda ini akan menghadapi satu perlawanan persahabatan menentang Kuala Lumpur City FC, esok, di Stadium Bola Sepak Cheras, sebelum berlepas ke Phnom Penh, Jumaat nanti.

Featured Image: Football Association of Malaysia

Komen