Artikel

Luqman ‘Luqie’ Buru Minit Permainan Bersama Skuad Piala Presiden Kelantan United

Pertahanan tengah yang berusia 19 tahun, Luqman Al-Hakeem Anuar memasang tekad untuk memburu minit permainan bersama pasukan baharunya, skuad Piala Presiden Kelantan United FC.

Untuk itu, pemain yang dikenali sebagai Luqie ini sedia mempertaruhkan pengalaman selama semusim bersama Skuad Projek FAM-MSN dalam kancah Liga Premier 2021 bagi mendapatkan kepercayaan barisan kejurulatihan, pada musim ini.

“Pengalaman selama satu musim bersama dengan Skuad Projek MSN-FAM akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berusaha memikat hati ketua jurulatih pasukan Piala Presiden.

“Saya akui ia bukan tugas mudah, namun jika rajin dan kekal fokus tidak mustahil untuk mendapatkan peluang dari barisan kejurulatihan,” kata Luqie seperti dikongsikan oleh kelabnya.

Untuk pengetahuan semua, Luqie merupakan pemain kelahiran Terengganu namun dibesarkan di Kampung Pendek, Kota Bharu. Dia diperkenalkan sebagai pemain baharu skuad Piala Presiden Kelantan United sekitar pertengahan Januari lalu.

Featured Image: Kelantan United FC

komen