Skuad Liga Premier, Kuching City FC melengkapkan kuota importnya dengan mengumumkan kedatangan bekas pemain Akademi Arsenal, Keanu Marsh-Brown.
Penyerang berusia 29 tahun yang memiliki kerakyatan England dan Guyana ini diperkenalkan oleh Kuching City menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, minggu ini.
Untuk makluman semua, selepas menyertai Akademi Arsenal Keanu ke Akademi Fulham dan bergraduasi di sana.
Selepas itu, dia memulakan karier profesional bersama Fulham dan beberapa pasukan di United Kingdom sebagai contoh MK Dons, Dundee United, Oldham Athletics, Yeovil Town dan lain-lain lagi.
Pernah melebarkan kariernya di Amerika Syarikat dengan menyertai Memphis 901 FC yang beraksi dalam kancah USL Championship pada tahun 2020.
Pasukan terakhir yang disertainya sebelum ini ialah East Riffa yang beraksi dalam kancah bola sepak Bahrain.
Berdasarkan rekod daripada portal Transfermarkt, dia telah tampil sebanyak 274 kali serta menjaringkan 51 gol sepanjang kariernya, setakat ini.
Selain itu, Keanu turut mempunyai pengalaman beraksi dengan skuad England di pelbagai peringkat umur sebelum memilih untuk mewakili skuad senior pasukan yang berpangkalan di benua afrika, Guyana.
Kehadirannya dijangka menjadi adunan utama skuad bimbingan Irfan Bakti untuk mendapat promosi ke saingan Liga Super 2023. Sebelum ini, Kuching City telah mendapatkan khidmat import, penyerang Liberia, Abu Kamara disamping mengekalkan import musim lalu, Aylton Alemao dan Yuki Tanigawa.
Featured Image: Memphis 901 FC