Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United mengumumkan syarikat blockchain (rantaian-blok), Tezos menjadi rakan kerjasama terbaharunya.
Perkembangan ini dimaklumkan dan dikongsikan secara rasmi di pelbagai platform media sosial milik skuad Red Devils itu pada hari ini.
Dengan kerjasama yang termeterai ini, ia akan memperkenalkan para peminat Man Utd kepada teknologi Web3 menerusi rantain-blok milik Tezos.
Sementara itu, hasil kerjasama ini turut menyaksikan jenama Tezos akan menghiasi jersi latihan Man Utd bagi pasukan lelaki dan wanita.
Ia sekaligus menggantikan jenama syarikat perkhidmatan insurans, AON yang telah tamat penajaannya.