AFF B-23: Juara Bertahan, Indonesia Umum Tarik Diri Kerana Covid-19
February 11, 2022 Hafizuddin Omar

Tiada kelibat juara bertahan, Indonesia setelah mereka mengumumkan menarik diri daripada Kejuaraan AFF Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan berlangsung pada 14-26 Februari di Kemboja kali ini.

Menurut badan induk bola sepak negera tersebut, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memaklumkan skuad Garuda Muda tidak mengikuti kejohanan ini ekoran 7 pemain serta seorang pegawainya disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, empat pemainnya lagi perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pemain-pemain yang positif terbabit.

Disamping itu, terdapat tiga pemainnya mengalami kecederaan dan sedang menjalani tempoh pemulihan.

Keadaan ini menyebabkan ketua jurulatih Indonesia B-23, Shin Tae-yong mengutus surat kepada PSSI untuk membatalkan penyertaan skuad Garuda Muda di dalam kejohanan ini. 

Untuk makluman semua, Indonesia merupakan salah sebuah pasukan yang diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama Malaysia, Myanmar dan Laos.

Featured Image: PSSI

Komen