Kedudukan pasukan bola sepak skuad kebangsaan, Harimau Malaya dalam ranking dunia kekal di tempat kelima dalam kalangan negara-negara rantau asia tenggara.
Menerusi kemaskini terbaru oleh badan induk bola sepak dunia, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kedudukan Malaysia kekal tidak berganjak di tangga ke-154.
Vietnam kekal menjadi pasukan No.1 asia tenggara dengan menghuni tangga ke-98 dunia sambil diikuti oleh juara Piala AFF 2020, Thailand di tempat ke-112, Filipina di tempat ke-129 serta Myanmar tempat ke-152.
Sementara itu, pasukan-pasukan asia tenggara yang lain seperti Indonesia, Singapura, Kemboja, Laos, Brunei dan Timor Leste pula menghuni ranking ke-160, ke-161, ke-171, ke-187, ke-188 dan ke-198 dunia masing-masing.
Untuk makluman semua, kemaskini ranking dunia yang berikutnya adalah pada 31 Mac hadapan.