Jaguh Pecut Amerika Syarikat, Justin Gatlin Umum Persaraan Pada Usia 40 Tahun
February 11, 2022 Hafizuddin Omar

Pelari pecut Amerika Syarikat yang beraksi dalam acara 100 dan 200 meter (m), Justin Gatlin mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun.

Pengumuman persaraan tersebut dimaklumkan oleh pemenang pingat emas acara 100m Sukan Olimpik Athens 2004 itu menerusi satu hantaran di akaun media sosial, Instagram miliknya, awal pagi tadi.

Baca: Usain Bolt Yakin Rekodnya Tidak Akan Dipecahkan Pada Sukan Olimpik 2020

Sepanjang 27 tahun berkecimpung dalam acara balapan, pelari kelahiran New York ini turut merangkul beberapa pencapaian lain seperti dua pingat emas dalam acara 100m, satu pingat emas dalam acara 200m serta satu pingat emas dalam acara 4x100m di Kejohanan Dunia.

Sementara itu, rekod terbaiknya dalam acara 100m adalah 9.74 saat (s) ketika beraksi di Kejohanan Dunia 2015 di Doha, Qatar. Manakala, rekod peribadi terbaiknya dalam acara 200m pula adalah 19.57s ketika mengambil bahagian dalam sebuah kejohanan di negaranya.

Komen