Pasukan Liga Premier, Kelantan United FC menambahkan kekuatan barisan serangannya pada musim ini dengan menandatangani bekas penyerang yang beraksi dalam saingan Liga Israel, Jacob Njoku.
Pemain berusia 24 tahun kelahiran Lagos, Nigeria ini diperkenalkan secara rasmi oleh skuad The Green Deer menerusi satu makluman di pelbagai platform media sosialnya, semalam.

Posisi dominan Jacob adalah penyerang kedua namun pemain yang beraksi di pelbagai kelab divisyen dua Liga Israel sejak 2016 ini turut mampu beraksi sebagai sayap kiri dan kanan.
Selain daripada beraksi di Israel, penyerang berketinggian 1.77 meter ini turut mempunyai pengalaman beraksi di Georgia, Mesir dan terakhir, Bahrain bersama Al Shabab FC.
Untuk makluman semua, Jacob menjadi pemain import ketiga yang akan membarisi skuad Kelantan United bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Terdahulu, skuad yang dibimbing oleh Syamsul Saad ini mengekalkan khidmat dua pemain import Jepun musim lalu iaitu Masashi Motoyama dan Shukei Fukai yang merupakan pemain tengah dan pertahanan masing-masing.
Featured Image: Kelantan United FC