Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen kembali beraksi di atas padang buat pertama kalinya selepas mendapat serangan jantung sekitar lapan bulan yang lalu.
Pemain berusia 30 tahun ini membuat penampilan bersama pasukan baharu yang disertainya hujung Januari lalu, Brentford dalam satu perlawanan persahabatan tertutup menentang Southend United, semalam.
Dalam perlawanan tersebut, Eriksen dilaporkan beraksi sekitar 60 minit serta berjaya mencatatkan ‘assist’ kepada Josh Dasilva sekaligus membantu Brentford meraih kemenangan 3-2.
Lebih menarik, Eriksen hampir-hampir meletakkan namanya selaku penjaring dalam perlawanan tersebut namun dua percubaan berhasil diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan.
Untuk makluman semua, Eriksen mendapat serangan jantung ketika beraksi bersama Denmark menentang Finland dalam saingan pertama Kumpulan B di kejohanan Euro 2020.
Insiden itu berlaku pada minit ke-42 ketika dia mahu menerima bola lontaran daripada rakan sepasukannya di garisan tepi padang. Bagaimanapun, ketika berlari-lari anak untuk mendapatkan bola tersebut, secara tiba-tiba, Eriksen jatuh dan pengsan.
Featured Image: Brentford FC