Pemain badminton beregu wanita negara, Thinaah Muralitharan terpaksa melupakan seketika Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.
Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan pemain berusia 24 tahun itu merangkap kapten pasukan wanita negara positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR.
Bagaimanapun, Thinaah tidak menunjukkan sebarang gejala namun dia perlu menjalani kuarantin sebagaimana protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Sementara itu, rakan gandingannya yang menjadi kontak rapat, Pearly Tan turut sama perlu menjalani ujian RT-PCR. Mujurlah, keputusan ujian Pearly adalah negatif.
Untuk perlawanan hari ini menentang Jepun, Pearly diturunkan bergandingan dengan pemain muda, Valeree Siow menentang Rui Hirokami dan Yuna Kato pada perlawanan keempat.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia