Artikel

AFF B-23: Harimau Muda Menang Percuma, Hanya Perlu Lawan Laos

Skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) diberikan kemenangan percuma setelah pasukan lawan, Myanmar mengumumkan menarik diri daripada Kejuaraan AFF B-23, pada hari ini.

Penarikan diri skuad kendalian Velizar Popov itu dilakukan sebelum sepak mula menentang skuad Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada jam 5 petang tadi, waktu Malaysia.

Dimaklumkan, Myanmar terpaksa menarik diri disebabkan hampir keseluruhan pemainnya positif Covid-19. Hanya 5 daripada 26 pemainnya yang cergas dan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.

Ini menjadikan skuad Harimau Muda kendalian Brad Maloney mendapat kemenangan percuma. Selepas ini, Malaysia hanya perlu turun menentang satu-satunya pasukan tunggal dalam Kumpulan B iaitu Laos, Jumaat nanti.

Terdahulu, pasukan juara bertahan, Indonesia merangkap ahli Kumpulan B yang terawal menarik diri daripada kejohanan ini ekoran jangkitan Covid-19 yang menular kebanyakan pemain dalam pasukannya.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen