BATC 2022: Pemain Remaja Siti Nurshuhaini Jadi Titik Kebangkitan Malaysia Tumpaskan Jepun
February 15, 2022 Hafizuddin Omar

Perseorangan remaja negara, Siti Nurshuhaini Azman menjadi titik kebangkitan pasukan wanita Malaysia berhasil menundukkan Jepun dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan Y di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC), pada hari ini.

Pemain berusia 17 tahun yang beraksi pada perlawanan ketiga berjaya meraih kemenangan secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-16 dan 22-20 menumpaskan perseorangan Jepun, Hina Akechi.

Kemenangan ini menyekat Jepun daripada mendahului 3-0 ke atas Malaysia. Sebelum itu, pasukan wanita Jepun terlebih dahulu mendahului 2-0 dengan wakilnya menumpaskan S. Kisona dan Eoon Qi Xuan pada perlawanan pertama dan kedua.

Valeree Siow (kiri) dan Pearly Tan (kanan).

Momentum kemenangan pada perlawanan ketiga itu diteruskan oleh pasangan beregu Pearly Tan dan Valeree Siow yang menjadi ‘scratch pair’ pada perlawanan keempat.

Pearly-Valeree berjaya meraih kemenangan tersebut juga secara ‘straight set’ dengan keputusan 24-22 dan 21-18 ke atas Rui Hirokami dan Yuna Kato.

Ketika kedudukan terikat 2-2 selepas empat perlawanan, taruhan beregu kedua negara, Teoh Mei Xing-Anna Cheong tampil memberikan penamat yang gembira buat pasukan negara.

Pada perlawanan keliman, Mei Xing-Anna berhasil menumpaskan lawannya, Hina Akechi-Riko Gunji secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-12 dan 21-5.

Kemenangan ini sekaligus membolehkan pasukan wanita Malaysia meraih kemenangan pada perlawanan pertama dengan keputusan 3-2 ke atas Jepun.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen