ACL 2022: Juara J1 & Kelab Gergasi China Berkampung di Johor Bahru
February 16, 2022 Hafizuddin Omar

Pasukan yang menjuarai Liga J1, Kawasaki Frontale dan kelab gergasi China, Guangzhou FC serta sebuah lagi pasukan bakal berkampung bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Johor Bahru pada bulan April nanti.

Ini selepas badan induk, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan Malaysia dipilih menjadi venue berpusat bagi peringkat Kumpulan I dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2022.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh AFC menerusi laman sesawang rasminya dan dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.

Baca: Harimau Selatan Bakal Tentang Juara J1 & Pasukan Ke-3 Liga Super China

Pengumuman oleh pihak AFC ini sudah tentu menggembirakan skuad Harimau Selatan bukan mereka akan beraksi di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malahan mengelakkan mereka daripada perlu menjalani kuarantin wajib sekiranya beraksi dan pulang dari negara.

Untuk makluman semua, sebuah lagi pasukan yang akan berkampung di Johor Bahru ini akan ditentukan menerusi satu perlawanan play-off yang akan menemukan wakil Republik Korea, Ulsan Hyundai atau wakil Thailand, Port FC.

Sementara itu, untuk empat lagi kumpulan di zon asia timur dimana Kumpulan F, G dan J akan dilangsungkan di Thailand manakala Kumpulan H pula akan berlangsung di Vietnam.

Komen