BATC 2022: Zii Jia Tumpaskan Juara Dunia 2021, Kean Yew Secara ‘Straight Set’
February 16, 2022 Hafizuddin Omar

Juara Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew ditumpaskan dengan mudah oleh pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, hari ini. 

Pemain yang menduduki ranking ke-12 itu tumpas kepada Zii Jia merangkap pemain No.7 dunia dalam perlawanan pertama yang menemukan Malaysia dan Singapura pada peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Setia City Convention Centre, Selangor.

Zii Jia berhasil menumpaskan pemain kelahiran Pulau Pinang itu secara ‘straight set’ dengan keputusan 21-6 dan 21-14 sekaligus memberikan mata yang pertama untuk Malaysia.

Kemenangan ini menjadikan Zii Jia telah merekodkan tiga kemenangan ke atas Kean Yew daripada lima pertemuan secara keseluruhan setakat ini.

Perlawanan ini diteruskan dengan perlawanan kedua melibatkan pasangan beregu dimana Malaysia diwakili oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Singapura pula diwakili oleh Eng Keat Wesley Koh-Danny Bawa Chrishnanta.

Komen