Pasangan beregu Jepun yang menghuni ranking ke-857 dunia, Ayato Endo dan Yuta Takei membuat satu kejutan dengan mengalahkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Kejutan itu dilakar oleh gandingan Ayato-Yuta semasa perlawanan kedua yang melibatkan pasukan lelaki Jepun dan Malaysia dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B, Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, pada hari ini.
Lebih mengejutkan, Aaron Chia-Wooi Yik beregu No.7 dunia tumpas kepada pasangan ini secara ‘straight set’ dengan pungutan mata 21-23 dan 16-21 dalam tempoh masa setengah jam permainan.
Kemenangan oleh Ayato-Yuta berjaya memberikan mata pertama buat Jepun pada perlawanan ini sekaligus mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1. Untuk perlawanan seterusnya, Malaysia dan Jepun diwakili oleh Aidil Sholeh dan Koo Takahashi.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia