4 Beregu Negara Bertembung Sesama Sendiri di Pusingan 32 Terbuka Jerman
February 21, 2022 Hafizuddin Omar

Empat daripada enam pasangan beregu lelaki yang mengambil bahagian dalam kejohanan Terbuka Jerman 2022 yang bakal berlangsung dua minggu lagi terpaksa berentap sesama sendiri seawal peringkat Pusingan 32.

Hasil undian oleh pihak penganjur menemukan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun dengan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin. Manakala, beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pula akan bertemu beregu bebas (independent) Goh V Shem dan Low Juan Shen.

Tidak terhenti di situ, pemenang kalangan empat pasangan yang bertembung sesama sendiri ini akan bertembung pula di peringkat Pusingan 16.

Lebih malang, salah satu pasangan beregu yang menang di Pusingan 16 ini berkemungkinan bertemu satu lagi pasangan senegara iaitu Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi sekiranya mereka berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Sementara itu, wakil terakhir dari Malaysia, Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong pula diundi menentang beregu Jepun yang diletakkan sebagai pilihan No.1 untuk menjuarai kejohanan ini, Takuro Hoki dan Yoga Kobayashi.

Komen