Artikel

Kejuaraan Futsal AFF: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan Dalam Kumpulan A

Skuad futsal kebangsaan bakal berhadapan dengan cabaran besar dalam saingan Kejuaraan Futsal AFF 2022 apabila diundi bersama-sama juara bertahan, Thailand dalam Kumpulan A.

Undian yang berlangsung pada tengah hari tadi itu turut meletakkan Indonesia, Kemboja dan Brunei Darussalam menemani Malaysia dan Thailand dalam kumpulan yang sama.

Sementara itu, Kumpulan B pula diisi oleh Vietnam, Myanmar, Timor Leste dan Australia.

Untuk makluman semua, kejohanan pada kali ini akan dilangsungkan di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok bermula 3-12 April hadapan. Kali terakhir kejohanan ini berlangsung adalah pada tahun 2019 di Vietnam. Dua edisi yang lalu tidak dapat dilangsungkan ekoran pandemik Covid-19.

Kejohanan ini juga berperanan sebagai pentas kelayakan ke Piala Asia Futsal 2022. Tiga pasukan terbaik akan layak ke saingan yang akan berlangsung Kuwait bermula 25 September hingga 20 Oktober kelak.

Sebagai tambahan, sepanjang 16 edisi yang telah berlangsung sejak 2001, Thailand telah muncul juara dalam 15 edisi manakala baki 1 edisi itu dimenangi oleh Indonesia. Pencapaian terbaik skuad futsal negara pula adalah muncul naib juara sebanyak 5 kali.

komen