Sekali lagi skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) merekodkan kekalahan di tangan Laos dalam saingan Kejuaraan AFF B-23.
Kali ini, skuad bimbingan Brad Maloney tumpas denga keputusan 0-2 kepada Laos hasil jaringan Bounpachan Bounkong dan Souksakhone Bouaphaivanh.
Jaringan oleh kedua-dua pemain tersebut hadir pada separuh masa pertama dan kedua masing-masing.
Perlawanan yang sepatutnya menjadi titik kebangkitan skuad Malaysia untuk merekodkan kemenangan dan mengintai peluang untuk ke saingan separuh akhir nampaknya tidak menjadi kenyataan.
Paling mengecewakan, bahagian serangan Malaysia pula dilihat buntu sepanjang permainan sekaligus menyaksikan mereka gagal merekodkan sebarang jaringan dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Morodok Techo ini.
Kekelahan ini menjadikan Malaysia gagal mengutip sebarang mata dalam saingan Kejuaraan AFF B-23 kali ini sekaligus terpaksa melupakan saingan peringkat separuh akhir.
Jumaat lalu, skuad Harimau Muda ini tumpas di tangan Laos dengan keputusan 1-2 pada perlawanan peringkat Kumpulan B.
Featured Image: Lao Football Federation