Artikel

Ranking BWF: Empat Perseorangan Muda Lelaki Negara Raih Peningkatan Selepas Muncul Juara BATC 2022

Kejayaan pasukan lelaki Malaysia muncul juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 memberikan peningkatan ranking kepada tiga pemain muda negara.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini, Ng Tze Yong (21 tahun), Aidil Sholeh (22 tahun), Lim Chong King (21 tahun) dan Jacky Kok Jing Hong (20 tahun) menunjukkan peningkatan sebanyak 1, 3, 11 dan 25 anak tangga masing-masing.

Ranking pemain perseorangan lelaki Malaysia pada minggu kelapan bagi tahun 2022.

Ini menjadikan Tze Yong, Aidil, Chong King dan Jacky menduduki tangga ke-46, ke-109, ke-156 dan ke-212 masing-masing pada minggu ini.

Sebagai rekod, ketiga-tiga pemain ini tampil dalam saingan BATC yang berlangsung pada minggu lalu. Tze Yong dan Aidil membuat dua dan tiga penampilan masing-masing. Manakala Chong King dan Jacky tampil sebanyak satu kali.

Leong Jun Hao

Sementara itu, ranking melibatkan seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara yang turut beraksi bersama pasukan Malaysia iaitu Leong Jun Hao mencatatkan penurunan satu anak tangga dan kini menghuni ranking ke-127 dunia. 

Ranking melibatkan jaguh badminton negara, Lee Zii Jia yang berusia 23 tahun pula tidak merekodkan sebarang pergerakan dimana dia kekal di tangga ketujuh dunia.

Featured Image: Badminton Asia

komen