Artikel

Syarikat Taiwan, VICTOR Mengumumkan Kerjasama Dengan Lee Zii Jia

Syarikat peralatan sukan yang berpangkalan di Taiwan, VICTOR mengumumkan kerjasamanya dengan pemain yang kini bergerak secara bebas (independent), Lee Zii Jia, pada hari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh VICTOR menerusi makluman di laman sosial dan pelbagai platform media sosialnya sambil mengalu-alukan kehadiran kembali pemain No.7 dunia itu dalam keluarga VICTOR, sebentar tadi.

Hasil daripada kerjasama ini, Zii Jia akan menyarung pakaian serta menggunakan peralatan berjenama VICTOR bermula daripada saingan Terbuka Jerman pada 8 Mac nanti. VICTOR turut memaklumkan Zii Jia akan menggunakan raket Thruster Ryuga dan kasut S82 yang pernah digunakan ketika memenangi saingan All England tahun lalu.

Sebagai rekod, Zii Jia pernah menyarung pakaian dan menggunakan peralatan daripada VICTOR ketika masih bersama-sama skuad kebangsaan Malaysia sebelum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat tajaan daripada Yonex.

komen