Artikel

FIFA : Rusia Belum Diharamkan Dari Piala Dunia Buat Masa Ini, Akan Guna Nama “RFU”

Dengan perang yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, badan bola sepak FIFA kini turut mengumumkan beberapa perubahan melibatkan Rusia.


Buat masa ini, FIFA masih belum mengharamkan penyertaan Rusia dalam Piala Dunia atau pusingan kelayakkan. Namun, beberapa perubahan akan dilakukan ketika perlawanan melibatkan Rusia.

Antaranya adalah nama Rusia tidak akan digunakan, sebaliknya pasukan berkenaan akan dikenali dengan nama RFU (Russian Football Union).

Pada masa yang sama, tiada sebarang bendera dan lagu kebangsaan akan dikaitkan dengan pasukan berkenaan.

FIFA juga mungkin mengambil langkah lanjut dengan mengharamkan Rusia daripada pertandingan sekiranya situasi tidak bertambah baik.

Pada masa yang sama, pasukan Poland meminta Rusia diharamkan daripada Piala Dunia. Poland, Sweden dan Czech Republic semua menyatakan tidak ingin bermain dengan Rusia untuk pusingan kelayakkan kelak pada bulan Mac ini.

komen