Naib juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman FC (Kedah) melancarkan jersi baharunya menerusi satu acara pelancaran atas talian, pada hari ini.
Jersi Kedah rekaan jenama pakaian sukan dari Itali, Lotto itu hadir dalam versi ‘home’ dan ‘away’. Disamping itu, mereka turut memperkenalkan tiga edisi jersi penjaga gol untuk mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Jersi ‘home’ pada kali ini hadir dalam warna serba kuning serta disematkan dengan sedikit warna hijau dan merah. Selain itu, rekaan logo Lotto serta lambang kelab pula diletakkan di bahagian tengah sambil logo penaja utama, DXN Industries menghiasi bahagian depan jersi.
Baca: Sabah Dapat Tajaan Lotto RM2.4 Juta, Kedah Diberikan RM1.1 Juta Semusim
Manakala jersi ‘away’ pula hadir dalam warna serba merah dan sedikit kemasan berwarna hijau. Perletakan logo Lotto dan lambang kelab bagi jersi ini berada di kedudukan normal kiri dan kanan bahagian dada masing-masing.

Menerusi perkongsian oleh kelab, peminat yang ingin mendapatkan jersi baharu ini boleh melakukan pratempahan di atas talian menerusi di platform e-dagang, Shopee dan laman sesawang rasmi kelab. Selain itu, pratempahan secara fizikal juga boleh dilakukan dengan melawati stor rasmi yang terletak di Wisma PKNP, Alor Setar, Kedah.
Untuk makluman semua, jersi Kedah pada musim ini dijual pada harga RM139 sehelai bagi versi ‘authentic’. Sementara itu, satu lagi versi iaitu ‘replika’ boleh didapati pada harga RM99 sehelai.
Sebagai perbandingan, jersi Kedah musim 2021 yang lalu keluaran jenama yang sama dijual pada harga RM119 sehelai bagi versi ‘home’ dan ‘away’.
Featured Image: Kedah Darul Aman FC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!