FIFA Dan UEFA Menggantung Rusia Daripada Sebarang Pertandingan Antarabangsa
March 1, 2022 Aman

Dengan perang melibatkan Rusia dan pencerobohan terhadap Ukraine, kini FIFA dan UEFA membuat keputusan untuk menggantung pasukan kebangsaan dan kelab Rusia daripada sebarang pertandingan.

Keputusan ini dilakukan pada hari ini, dan akan memberikan impak terhadap pusingan kelayakan Piala Dunia melibatkan Rusia pada bulan Mac ini.

Langkah ini juga dilihat selari dengan beberapa pasukan termasuk Poland menyatakan tidak ingin bermain dengan Rusia untuk pusingan kelayakkan Piala Dunia.

Dengan keputusan ini, bola sepak bersatu dan bersolidariti bersama mereka yang terjejas di Ukraine. Bersama-sama dengan pengumuman ini juga, UEFA telah menamatkan tajaan bersama syarikat Rusia, Gazprom.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah dan apakah keputusan yang akan diambil badan sukan lain melibatkan Rusia.

Komen