Penjaga gol legenda Itali, Gianluigi Buffon melanjutkan kontraknya bersama Parma Calcio 1913 sehingga ke Jun 2024 dimana usianya pada ketika itu akan menjengah 46 tahun.
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden Parma, Kyle Krause dalam satu sidang media di Stadium Ennio Tardini dan dikongsikan di pelbagai platform media sosial milik kelab yang beraksi dalam saingan Serie B itu, semalam.
Presidennya sangat gembira dengan lanjutan kontrak oleh pemain yang turut dikenali sebagai Gigi atau Buffon bersama Parma. Walaupun usianya telah melebihi 40 tahun, Kyle tetap meletakkan Buffon sebagai salah seorang daripada tiga penjaga gol terbaik Itali pada masa ini.
Penjaga gol yang memenangi Piala Dunia bersama skuad Azzurri pada 2006 ini masih aktif beraksi di atas padang. Musim ini sahaja menyaksikan Buffon telah tampil sebanyak 23 kali daripada 26 perlawanan Serie B disamping merekodkan 8 ‘clean sheet’.
Untuk rekod, Parma merupakan kelab profesional pertama yang disertai oleh Buffon dan membuat penampilan pertama di kelab ini semasa usianya 17 tahun. Ketika itu, Buffon beraksi bersama Parma sehingga tahun 2001.
Selepas 20 tahun meninggalkan pasukan tersebut dan beraksi di pelbagai kelab, Buffon kembali menyertai pasukan ini pada tahun 2021. Sebelum ini, Buffon mempunyai kontrak sehingga Jun 2023 sebulum memperbaharuinya pada kali ini sehingga Jun 2024.
Featured Image: Parma Calcio 1913