Artikel

Selangor Akui Cuba Dapatkan Khidmat Pertahanan Kacukan Malaysia-England Sebelum Ini

Pasukan berpangkalan di Lembah Klang, Selangor FC mengakui cuba mendapatkan khidmat pertahanan kiri kacukan Malaysia-England, Daniel Ting pada tahun lepas.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid sepertimana dilaporkan oleh akhbar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times.

Daniel Ting (pemain bernombor 3)

Bagaimanapun, skuad Red Giants itu berubah fikiran dan melupakan hasrat tersebut setelah mengetahui pertahan berusia 29 tahun itu mempunyai klausa penyambungan kontrak bersama Kuala Lumpur City FC (KL City).

“Kami telah mendekati Daniel pada tahun lepas, tetapi kami mendapati tentang terma kontraknya, kami memutuskan untuk tidak mendapatkan tandatangannya. Sebaliknya, kami menandatangani Fazly Mazlan untuk menguatkan lagi (barisan) pertahanan.” katanya seperti dipetik daripada portal akhbar berkenaan.

Terdahulu, pertahanan yang pernah beraksi bersama Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) pada tahun 2018 ini tidak pulang melaporkan diri bersama pasukan KL City setelah tamatnya saingan Piala Malaysia 2021 ekoran masalah peribadi.

Featured Image: Kuala Lumpur City

komen