Barisan pemain badminton pelapis dan pemain remaja menjadi taruhan Malaysia dalam temasya dwitahunan, Sukan SEA Vietnam kelak.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berkata seramai 10 pemain pelapis lelaki dan wanita masing-masing dipertaruhkan bagi meraih pengalaman di peringkat tertinggi.
Antara pemain yang dipertaruhkan ialah Jacky Kok Jing Hong, Lim Chong King, Lee Shung Yang dan Justin Hoh bagi perseorangan lelaki. Manakala untuk perseorangan wanita pula terdiri daripada Siti Nurshuhaini Azman, Loh Zhi Wei, Ong Xin Yee dan Siti Zulaikha.
Sementara itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See akan diturunkan untuk mengharungi acara beregu lelaki dan campuran masing-masing serta harapa untuk membutirkan pingat buat Malaysia.
Difahamkan, pemain pelapis dan remaja dipertaruhkan pada temasya yang akan berlangsung bermula 12-23 Mei itu berikutan pertindihan penganjuran dengan saingan Piala Thomas dan Piala Uber di Bangkok, Thailand.
Featured Image: Badminton Asia