Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC mengumumkan perlantikan pengarah teknikalnya, Tomislav Steinbruckner pada hari ini.
Menerusi makluman oleh kelab terbabit, individu yang berasal dari Croatia itu dilantik bagi menerajui kesemua struktur pasukan-pasukan di bawah naungan Terengganu FC.
Berusia 55 tahun, Tomislav bukan satu nama asing terutamanya buat para penyokong di negeri Terengganu. Ini kerana, Tomislav pernah membimbing pasukan T-Team pada tahun 2015 yang lalu.
Untuk makluman semua, teka-teki mengenai siapakah individu yang akan mengisi jawatan pengarah teknikal Terengganu FC telah hangat dibincangkan oleh peminat skuad Hitam Putih ini bermula hujung tahun lalu.
Ketika itu, terdapat dua daripada individu yang disebut-sebut untuk memegang jawatan ini iaitu Tomislav serta seorang lagi bekas pengendali pasukan T-Team, Rahmad Darmawan.
Untuk rekod, Pengarah Teknikal Terengganu FC pada musim lalu diisi oleh bekas jurulatiha skuad kebangsaan pada masa lalu, Abdul Rahman Ibrahim.
Featured Image: Terengganu FC
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!