Artikel

Jersi Home & Away PDRM FC Dijual Pada Harga RM99 Sehelai

Pasukan Liga Premier, Kelab Bola Sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) melancarkan jersi baharunya untuk mengharungi saingan musim ini.

Dilancarkan dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), pada hari ini, jersi skuad Sang Saka Biru pada kali ini hadir dalam dua versi ‘home’ dan ‘away’ yang berwarna biru dan merah masing-masing.

Kedua-dua bahagian hadapan jersi keluaran Oren Sport ini dihiasai dengan dua logo penajanya yang tersusun kemas, Top Glove dan Red One. Di kedua-dua lengannya pula tertera logo Hertz dan Watertree disamping bahu kiri dan kanan ditampal dengan logo Unbox dan Big Lux masing-masing.

Dimaklumkan, kedua-dua jersi ini akan dijual di kedai rasmi platform e-dagang, Shopee, PDRM FC serta stor rasmi mereka dengan tanda harga RM99 sehelai.

komen