Artikel

‘Patatimo Boys’ Antara Yang Tersenarai Dalam Skuad Lelaki Sukan SEA 2021

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai pemain yang mengisi pasukan lelaki dan wanita bagi mengharungi acara berpasukan di temasya Sukan SEA Vietnam 2021 kelak.

Antara yang mencuri perhatian adalah penyenaraian beregu muda yang sedang meningkat naik, Wan Arif Junaidi dan Haikal Nazri mendapat julukan ‘Patatimo Boys’. 

Selain itu, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun yang beraksi di kejohanan Badminton Berpasukan Asia baru-baru ini turut disenaraikan. Melengkapkan barisan pemain beregu ini ialah Hoo Pan Ron dan Chen Tang Jie.

Untuk pemain perseorangan lelaki, BAM membariskan empat pemain iaitu Jacky Kok Jing Hong, Lim Chong King, Lee Shun Yang dan Justin Hoh.

Bagi pasukan wanita, BAM mempertaruhkan Siti Nurshuhaini Azman, Loh Zhi Wei, Ong Xin Yee, Siti Zulaikha, Yap Ling, Go Pei Kee, Cheng Su Yin, Cheng Su Hui, Cheah Yee See dan Peck Yen Wei.

Temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Hanou ini dijadualkan bermula 12 hingga 23 Mei kelak. Sebagai rekod, edisi Sukan SEA yang lalu menyaksikan pasukan lelaki Malaysia berhasil meraih pingat perak sementara itu pasukan wanita pula meraih gangsa.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

komen