Tiru Atau Inspirasi? Elemen Jersi GK Terengganu Keluaran Umbro Sama Seperti Jersi Ke-3 Inter
March 8, 2022 Hafizuddin Omar

Pasukan berpangkalan di pantai timur, Terengganu FC melancarkan jersi baharu bersama penaja baharunya – syarikat pembuat pakaian sukan England, Umbro pada penghujung bulan lalu. Pada acara pelancaran tersebut, Terengganu memperkenalkan jersi home, jersi ketiga serta tiga jersi penjaga golnya untuk dipakai oleh para pemainnya untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.

Paling mencuri tumpuan adalah salah satu jersi penjaga golnya yang hadir dengan elemen bercorak ‘retro’ di bahagian lengan. Bahagian badannya berwarna hitam manakala lambang kelab dan logo Umbro pula hadir dengan warna yang terang. Ianya persis rekaan jersi penjaga gol sekitar tahun 90-an.

https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1500358777463316480?s=20&t=aPq30r46r4kY1xuRtsyaKw

Portal yang terkenal dengan berita pembocoran mengenai jersi dan but bola sepak antarabangsa, Footy Headlines melontarkan persoalan samada rekaan oleh Umbro ini merupakan satu peniruan, inpirasi atau sekadar kebetulan dengan rekaan jersi ketiga kelab Seria A, Inter Milan musim 2021-22 keluaran Nike.

Jersi ketiga skuad Nerazzurri juga berwarna hitam hadir dengan corak ‘retro’ yang sama namun ianya diletakkan di bahagian hadapan. Penggunaan warna jingga, biru dan hijau di jersi penjaga gol Terengganu dilihat sangat sepadan dengan yang digunakan pada jersi Inter itu terutamanya corak di bahagian hadapan jersi dan logo Nike serta logo kelab. Untuk seluar pula, kedua-duanya menggunakan warna hitam.

Apa pendapat anda khususnya penyokong Terengganu mengenai lontaran yang diungkapkan oleh Footy Headlines? Adakah jersi penjaga gol Terengganu keluaran Umbro ini merupakan satu peniruan, inspirasi atau kebetulan dengan rekaan jersi ketiga Inter Milan keluaran Nike. Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Featured Image: Inter Milan & Instagram AdikPrint 

Komen