Ranking BWF: Xin Yuan-Tien Ci Raih Peningkatan 30 Anak Tangga Selepas Menjuarai Terbuka Slovakia
March 8, 2022 Hafizuddin Omar

Pasangan beregu lelaki bebas (independent), Boon Xin Yuan dan Wong Tien Ci terus mencatatkan peningkatan dalam kedudukan ranking dunia selepas merangkul kejuaraan di Terbuka Slovakia, minggu lalu.

Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini, beregu yang berusia 23 dan 24 tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 30 anak tangga sekaligus menghuni ranking ke-182.

Xin Yuan-Tien Ci muncul juara di kejohanan terbabit selepas berjaya menundukkan beregu Hong Kong, Law Cheuk Him dan Reginald Lee Chun Hei pada perlawanan akhir yang berkesudahan dengan keputusan 21-18, 14-21 dan 21-19.

Boon Xin Yuan & Wong Tien Ci ketika menjuarai Cabaran Antarabangsa Uganda

Untuk makluman semua, ini merupakan minggu kedua berturut-turut Xin Yuan-Tien Ci mencatatkan peningkatan yang mendadak dalam kedudukan dunia. Pada kemaskini ranking minggu lalu, mereka meraih peningkatan sebanyak 152 anak tangga selepas menjuarai saingan badminton Cabaran Antarabangsa Uganda. 

Sebagai tambahan, Xin Yuan dan Tien Ci mula membentuk gandingan bersama sejak November 2021. Untuk kejohanan seterusnya, Xin Yuan-Tien Ci dijadualkan beraksi dalam saingan Kejuaraan Antarabangsa Portugal yang akan bermula Khamis nanti.

Featured Image: Instagram Boon Xin Yuan

Komen