Artikel

Terbuka Jerman: Soon Huat-Shevon Lai Tersingkir Awal, Tumpas Kepada Beregu Ke-48 Dunia

Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai ditunjukkan jalan keluar seawal Pusingan 32 oleh pasangan yang menghuni ranking ke-48 dunia di kejohanan Terbuka Jerman 2022.

Soon Huat-Shevon Lai yang menghuni berada di ranking ke-13 dunia merangkap pilihan kelapan untuk menjuarai kejohanan ini tumpas kepada Callum Hemming dan Jessica dari England.

Mereka tumpas menerusi tiga set perlawanan yang berkesudahan dengan pungutan mata 21-14, 21-13 dan 21-12 dalam tempoh masa 42 minit. Untuk rekod, ini merupakan kali pertama kedua-dua pasangan beregu campuran ini berentap sesama sendiri.

Kekalahan ini juga membuatkan Soon Huat-Shevon Lai terpaksa melupakan saingan berstatus Jelajah Dunia Super 300 ini. Kejohanan seterusnya yang akan disertai oleh Soon Huat-Shevon Lain adalah Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022 yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

komen