Beregu campuran baharu, Ong Yew Sin dan Goh Liu Ying tampil buat pertama kali di kejohanan antarabangsa dengan menentang beregu Scotland, Adam Hall dan Julie Macpherson di Pusingan 32 Terbuka Jerman, hari ini.
Bagaimanapun, perlawanan pertama mereka sebagai pasangan beregu campuran tidak berakhir dengan kemanisan apabila terpaksa akur tumpas kepada beregu campuran yang menghuni ranking ke-51 dunia itu.
Dalam perlawanan tersebut, Yew Sin-Liu Ying yang mengumumkan membentuk gandingan baharu pada Januari lalu tumpas secara ‘straight set’ dengan keputusan 16-21 dan 13-21 dalam tempoh masa tidak sampai setengah jam.
Walaupun terpaksa melupakan saingan Jelajah Dunia Super 300 BWF dengan lebih awal, Yew Sin-Liu Ying kekal berada di benua eropah memandangkan mereka akan turun beraksi dalam satu lagi kejohanan pada minggu hadapan iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2022.
komen
Tiada komen
Tiada lagi komen untuk artikel ini.
Jadi yang pertama untuk komen!