Terbuka Jerman: Juara Dunia, Loh Kean Yew Kecundang Di Pusingan 32
March 10, 2022 Hafizuddin Omar

Satu kejutan tercipta di saingan Terbuka Jerman apabila juara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia BWF 2021, Loh Kean Yew kecundang di Pusingan 32, awal pagi tadi.

Pemain Singapura yang berusia 24 tahun itu tumpas kepada pemain Kanada yang menghuni ranking ke-33 dunia iaitu Brian Yang.

Dalam perlawanan tersebut, Kean Yew terlebih dahulu memenangi set pertama dengan keputusan 21-12. Bagaimanapun, pemain kelahiran Pulau Pinang ini tumpas pada dua set berikutnya dengan keputusan 16-21 dan 18-21.

Pertembungan antara Kean Yew dan Brian Yang itu berlangsung dalam tempoh masa menghampiri satu jam.

Untuk makluman semua, ini merupakan kemenangan pertama yang diraih oleh Brian Yang ke atas Kean Yew. Dalam dua pertemuan sebelum ini, kedua-duanya dimenangi oleh Kean Yew.

Featured Image: Badminton Asia

Komen